Deposit dan baki
Rekod bayaran berperingkat. Setiap bayaran masuk senarai dan baki dikira sendiri, sehingga resit bertanda LUNAS.
Ambil deposit dulu, bayar baki kemudian. Lunas kira baki secara automatik, nomborkan dokumen mengikut turutan, dan hantar terus ke WhatsApp pelanggan.
Tiada akaun. Tiada pemasangan wajib. Buka di pelayar telefon.
Rekod bayaran berperingkat. Setiap bayaran masuk senarai dan baki dikira sendiri, sehingga resit bertanda LUNAS.
Hantar sebagai teks atau gambar PNG dengan satu ketikan. Pelanggan tak perlu pasang apa-apa.
Pelanggan setuju? Tukar sebut harga kepada invois tanpa menaip semula.
R00001, INV00001, QUO00001. Tiada nombor berganda, walaupun selepas pulih daripada sandaran.
Simpan barang dan harga yang kerap dijual, pilih sahaja bila buat dokumen.
Setiap dokumen boleh dalam Bahasa Melayu atau English, ikut pelanggan.
Lunas tidak menyimpan dokumen anda di pelayan. Semuanya ada di peranti ini sahaja. Itu bermakna privasi, tetapi juga bermakna anda perlu menyimpan fail sandaran sekali-sekala. Lunas akan mengingatkan anda, dan fail sandaran boleh dipulihkan di telefon baharu. Baca lebih lanjut.
RM0
RM29 sekali bayar
Cara beli dan kunci lesen: lihat Bantuan.
Tidak. Lunas menghasilkan dokumen niaga ringkas untuk pelanggan anda. Ia tidak dihantar kepada LHDN. Semak sendiri keperluan cukai dan pendaftaran perniagaan anda.
Jika anda ada fail sandaran, anda boleh pulihkannya di telefon lain. Tanpa sandaran, dokumen tidak dapat dipulihkan kerana tiada salinan di pelayan.
Tidak. Lunas dibuka di pelayar. Anda boleh tambah ke skrin utama supaya ia dibuka seperti app dan data lebih terlindung.
Selepas dibuka sekali, ia boleh dibuka semula tanpa internet. Menghantar ke WhatsApp tentu sahaja perlu internet.